Pages

Tuesday, December 28, 2010

Info Tentang Islam


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling popular di seluruh dunia dan menempati urutan nombor dua di negara Inggeris untuk nama bayi laki-laki ( urutan pertama ditempati oleh nama ‘Jack’ )
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropa yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diserap dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti serbuk
4. Tidak ada apa-apa di dalam Ka’bah
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia. Menurut banyak sumber, Islam dikatakan akan menjadi agama nombor 1 pada tahun 2030.
6. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Ka’Bah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam‘
7. Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya satu kali seumur hidupnya.
8. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Huffaz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
9. Nama asal kota suci Madinah ialah “Yathrib”
10. Pemeluk Islam bertambah 2.9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% per tahun.
11. Berdasarkan data dari Departmen Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar di Amerika, diperkirakan ada sekitar 3,700 orang yang beragama Islam.
12. Sebanyak 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.
13. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah S.W.T dari bumi.
14. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemukan
oleh arkeolog Giovanni Battista Belzoni pada tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.
15. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
16. Para astronut telah menemukan bahawa planet Bumi ini mengeluarkan sejenis radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung). Radiasi tersebut menembus planet Mars dan masih berlanjut. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
17. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
18. Ibrahim adalah “Bapa” dari tiga agama besar, iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam.
19. Malaikat tidak terhitung jumlahnya dan hanya Allah yang mengetahuinya.
20. Rasulullah pernah membelah bulan menjadi 2 bahagian, dengan hanya menunjuk bulan dengan jarinya. Diabadikan Allah dalam al-Qur’an surah Al-Qamar ayat 1: “Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah.”
21. Rasulullah menyebutkan ada 73 golongan dalam islam, dan hanya 1 yang akan masuk jannah yaitu “Al Jama’ah”.
22. Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh membaca dan tidak boleh menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat cerdas.
23. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii, ummatii, ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
24. Sebanyak 23 peperangan yang dipimpin oleh Rasullulah, tetapi hanya sekali sahaja kekalahan yang dialami oleh kaum muslimin, iaitu perang Uhud.
25. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
26. Al-Qur’an adalah buku terlaris di benua Eropah.
27. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
28. Imam Ali bin Abi Thalib adalah satu-satunya orang yang pernah lahir di dalam Ka’bah.
29. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
30. Al Khowarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedokteran), Ar Razi (kedokteran), Al Biruni (fisika), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
31. Pasukan Salib datang ke Timur ketika Khalifah Bani Abbas berada dalam kemunduran. Tak diduga, banyak anggota pasukan Salib tertarik kepada Islam dan kemudian menggabungkan diri dengan pasukan Salib lainnya. Thomas Arnold, dalam Al Da’wah ila Al Islam, menyebutkan bahawa mereka masuk Islam setelah melihat kepahlawanan Salahuddin sebagai cerminan ajaran Islam.

Salam,
Encik Ska

19 comments:

tqaAwesome said...

nice ! perbanyakkan info macam ni ek. suke ^_^

rms said...

nice info. trima kasih.

post la entri pasal kisah perang dulu2.best dan banyak pengajaran disitu

Aqila Safuan said...

kalau boleh share?hee.nice en3 dear!

Encik Ska said...

@TqaAwesome,
Okay, Encik Ska akan memperbanyakkan lagi, hehe :)

@rms
Sama-sama,
Kisah perang? Okay nanti Encik Ska akan cuba :)
Thanks sebab sudi baca, hehe :)

Encik Ska said...

@Aqila Safuan,
Boleh je, sila-sila, hehe.
Thanks you ye :)

afuan shah said...

nice n3...good sharig!!

Encik Ska said...

@Afuan Shah,
Thanks yer, jemputlah datang lagi :)

AIMAN said...

Pemeluk Islam bertambah 2.9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% per tahun.
Bangga dan terharu aku dgn statement nie. syukur

ilya(: said...

semua niy memang menambahkan pengetahuan tentang islam,,,,,alhamdulillah,,(:

Encik Ska said...

@Aiman,
Ya, betul tu. Umat Islam mmg patut berbangga.
Syukur Alhamdulillah :)

Azah Skaliskala said...

saya follow nak baca entry macam ni dari encik ska :)keep up ya :)

Encik Ska said...

@Azah Skaliskala
Okay :) Thanks ya :)

Luqman Din said...

Shiva Lingam dalam Kaabah?? huhu, sampai gitu depa percaya..

cuak dengar nombor 13, hilang orangnya o_o

apapun, nice infos :D

.sakura91. said...

like :D

Encik Ska said...

@Luqman Din
Tulah pasal, kepercayaan dorang.
Hehe, Thanks :)

@Sakura91
Thanks :)

Cik Grrr said...

surh depa check ada ke x shiva lingam dlm kaabah tu.

ntah2 shiva lingam pun dh lenyap sekali dgn yg nk ambik jasad Nabi Muhammad kita...
tak pun tgh duk solat taubat tp kaabah!..
(kidding)

ada je kenyataan pelik dr org2 belom msk Islam (kena ckp blom msk Islam cuz kita x tau akn dtg kot2 dia join Islam, Insya Allah?)

great job encik ska....entry bgus.

Encik Ska said...

@Cik Grrr,
Haha, mungkin.
Insya Allah :)
Thanks ya sebab sudi comment, Cik Grrr. Jemputlah datang lagi. Hehe :)

Anonymous said...

Di dalam bahasa arab, perkataan yang membawa maksud benda-benda yang memabukkan disebut sebgai Khamar.

Minta maaf ya Encik Ska, bukan untuk mempertikai usaha anda, tetapi, tajuk pagi post ini lebih sesuai diletak sebagai Sejarah Islam kerana kebanyakkan adalah sejarah.

Dan tiada yang PELIK mengenai Islam. Allah itu maha kuasa.

Encik Ska said...

@Anonymous,
Terima kasih kerana sudi berkongsi :)

Tajuk ini diletakkan sedemikian kerana untuk mengikuti tajuk-tajuk dalam entri yang sebelum ini. Jadi, minta maaf kerana tidak bersesuaian dengan pendapat anda :)

Itu bagi kita sebagai seorang Islam,
bagaimana pula dengan orang-orang kafir?
Perkataan PELIK ini lebih untuk memberi minat kepada orang-orang yang bukan Islam untuk membacanya.
Mungkin mereka akan mendapat hidayah dari Allah setelah membacanya dan berminat untuk mengkaji dengan lebih dalam mengenai Islam. Mungkin satu hari nanti mereka akan masuk Islam?
Walaupun tidak ramai yang membacanya di sini,
tidak salah untuk kita mencuba :)

Minta maaf sekiranya ada yang tidak setuju dengan kata-kata Encik Ska ini. Ramai yang lebih arif dalam hal ini berbanding Encik Ska yang cetek pengetahuannya, jadi tegurlah sekiranya ada salah dan silap :)

Kepada anda Anonymous, jemputlah letak link blog anda atau nama anda sendiri kalau tidak keberatan :)

Salam,
Encik Ska

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...