Cara-Cara Belajar Bahasa

Anda ingin belajar bahasa? Ranggi sekali! Belajar bahasa adalah satu perkara yang mudah & tidak mudah. Ianya mudah untuk jangka masa panjang, dan sukar untuk jangka masa pendek. Ayuh kita terus.

1. Pilih Bahasa anda. Mudah amat ya Rabbi!

Ini tertakluk kepada kehendak dan keutamaan anda. Mungkin anda boleh pilih salah satu bahasa rasmi PBB seperti Inggeris, Perancis, Russia, Sepanyol, Arab dan Cina, atau pun berdasarkan dari jumlah pentutur seperti dalam jadual di bawah. Ataupun apa-apa sahaja asalkan anda gembira!!!

screen-shot-2016-10-21-at-12-33-40-pm

2.  Biasakan telinga anda mendengar bunyi bahasa tersebut.

Anda boleh mula dengan mendengar lagu, menonton filem atau apa-apa media tanpa perlu berusaha untuk mengambil pusing tentang maksudnya dalam bahasa sasaran anda itu. Ini adalah langkah untuk mengintegrasikan unconscious mind anda dengan bahasa itu.

3. Tiru sebutan asal sebaik mungkin tanpa memahami maksudnya.

Ini untuk mengadaptasikan lidah anda ke arah bahasa tersebut dan untuk mengelakkan kesukaran di masa hadapan.

Jika anda dengan rakus mempelajari terus perkataan tanpa memahiri sebutan, secara long-termnya sebutan salah itu akan cenderung untuk kekal sepanjang hidup anda, dan manusia lain akan menghadapi kesukaran untuk memahami anda.

4. Mula belajar bahasa.

http://www.memrise.com

memrise-innovative-online-language-learning

http://www.dualingo.com

duolingo-download-free

http://www.lingvist.co

lingvist-11

5. Asimilasi dengan dunia baru anda.

Selepas anda mula memahami lebih 1000 common vocabulary, anda sudah boleh asimilasikan diri anda dengan surat khabar, majalah, ataupun video dalam bahasa anda.

Kajian menunjukkan bahawa anda perlu memahami hanya 1000 perkataan untuk memahami 89% everyday writing dalam bahasa Inggeris. Ini tidak jauh dengan bahasa-bahasa lain.

lorenzoverzini

6. Terus belajar

Proses pembelajaran adalah satu proses yang berterusan. Jadi, teruskan belajar dan bergembiralah dalam proses itu.