Cara-Cara Mendaftar ACCA

Anda ingin menjadi akauntan di bawah ACCA dan ingin tahu cara-cara mendaftar ACCA? Mudah.

1. Pastikan anda mempunyai kelulusan yang diperlukan. 

Anda memerlukan sekurang-kurangnya salah satu dari sijil STPM, Asasi, Diploma, Foundation, Matrikulasi, atau setaraf.

2. You know, anda perlukan duit. 

Flat design vector concept of e-commerce symbols, online shopping and buying - vector illustration

Untuk pendaftaran, anda memerlukan £79. Dan selebihnya anda perlukan lebih kurang £1500 (RM7700~) untuk seluruh exam fees (tidak termasuk harga repeat paper jika anda gagal), dan tidak termasuk kos-kos  optional lain seperti buku, tuition dan sebagainya.

3. Terus mendaftar.

Sila ke accaglobal.com untuk terus mendaftar. Isikan maklumat anda (obviously ya Rabbi), dan bayar yuran pendaftaran anda. Yuran boleh dibayar secara on-line menggunakan kad kredit, debit, atau Paypal.

4. Tunggu dengan sabar dan tabah.

Selesai mendaftar, anda boleh tunggu keputusannya di-emailkan kepada anda dalam lebih kurang 7 hari bekerja. 

5. Mula belajar.

omxeyidh_screen-shot-2015-01-22-at-12-30-42

Anda berjaya menjadi pelajar ACCA? Inilah masa emas untuk anda mula belajar. Anda boleh dapati sumber pelajaran percuma dari opentuition.comTerlalu banyak sumber yang boleh anda dapati secara percuma seperti video tutorial di Youtube, nota, dan latihan. Ranggi!

6. Selamat Jalan & Bergembiralah. 

Perjalanan dalam menyelesaikan seluruh kertas wajib bagi ACCA ini tidaklah mudah. Mungkin anda gagal sesekali-sekala. Tetapi dalam perjalanan ini, gagal adalah perkara biasa kerana pass-rate ACCA amat rendah (dalam 40%). Yang penting teruskan bersemangat dan jangan terlalu over-confident mengambil 3 kertas sekaligus dalam satu masa sama! Kekalkan jarak yang sihat, dan nescaya kita selamat.