Cara-Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Anda ingin mengamalkan gaya hidup sihat? Ya. Hati terdalamku pun mengatakan bahawa anda sudah tahu apa yang anda harus lakukan. Tapi tidak mengapa, kita teruskan saja!

1. Pasangkan azam, dan mula secara perlahan. 

Kenal pasti apa kekurangan yang anda lakukan dalam gaya hidup sekarang. Dan mula melunturkannya satu persatu, atau terus hapuskannya sekali gus (lebih kacak).

checklist

2. Makan makanan sebenar. 

Hanya makan makanan yang sudah wujud di muka bumi sejak 1000 tahun lepas. Kurangkan daging binatang, lebihkan makanan berasaskan tumbuhan.

healthy-diet-food-vectors

3. Tukarkan makanan harian anda kepada alternatif sihat terdekat. 

Roti putih enak gebu menjadi wholemeal bread. Nasi putih menjadi brown rice. Minyak kelapa sawit mejadi minyak zaitun. Etc. Kurangkan gula dan garam, lebihkan air kosong.

4. Amalkan aktiviti aktif. 

World Health Organisation menyatakan bahawa penyebab utama kematian manusia dewasa ini adalah penyakit jantung. Oleh itu latih jantung anda menjadi badboy yang tahan lasak. Bersukan. Jika tidak bisa, berlari. Jika tidak bisa, berjalan sekurangnya 21 minit setiap hari.

5. Berhenti merokok. 

Berhenti merokok. x adalah probaliti jumlah berapa kali anda sudah mendengar kalimat ini dalam hidup anda. x > 23102 kali.34131f993a07420b6f973319615cfa6b

6. Jaga kebersihan.

Nafikan hak-hak kuman dan bakteria nakal di setiap penjuru hidup anda. Bunuh, seksa, rejam,dan pancunglah mereka. Sentiasa basuh tangan anda dengan sabun. Alkohol. Bersihkan rumah anda. Otak tenang hati ceria badan sihat.

7. Banyakkan membaca.

Ligatkan otak dan bergembiralah sejauh mana bisa. Itulah cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat yang terbaik. Ia membuka kita kepada satu dunia dan dimensi baru.

books-do-not-disturb-2-preview-f